Pada hari ini pagi-pagi lagi murid Prasekolah SKTSP telah berkumpul di hadapan surau untuk memulakan penjelajahan kami. Hari ini kami akan pergi membuat lawatan ke City Park Seremban 2 dan Muzium Angkatan Tentera Port Dickson. Lihat sajalah pada gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini.
|
Ustaz Wan Afthanizam membacakan doa sebelum memulakan perjalanan |
Dibawah ini adalah gambar kami ketika berada di City Park Seremban 2. Semasa kami tiba ramai pengunjung sedang melakukan senamrobik tapi kami tidak turut serta. Kami nak beritahu, di sini ikannya besar-besar. Masa bagi makan roti, ikan tu naik berebut-rebut...
|
Wah!! Besarnya ikan!! |
|
Berebut menjatuhkan roti memberi makan ikan |
|
Cikgu Noraihan bersama murid :(dari kiri) Ameerah, Shahirah, Imran, Amani, Yusoff, Aiman, Nazrul, Khalisah, Fazureen dan Syamimi |
|
Riangnya bermain di taman permainan |
|
Bye... Kami nak pergi ke Muzium Angkatan Tentera lepas ni |
|
Menunggu bas untuk berangkat ke PD |
Dibawah pula adalah gambar kami di Muzium Angkatan Tentera Darat di Port Dickson.
|
Tabik Hormat!!!! |
|
Apasal la...bot ni tak belayar lagi nih.. Jenuh kami menunggu!! |