Anak Ketua Waris En. Sarhan Ali, Asyraf bersama ibu Pn. Norasyikin |
Tuesday, 28 June 2016
Program 3 Penjuru 28.6.2016
Terima kasih kepada semua ibubapa yang sudi hadir pada program hari ini. Tahun ini program dijalankan di dalam bulan Ramadhan.. pasti ibubapa keletihan dan perlu banyak kesabaran. Maaf sekiranya ada kesulitan yang timbul kerana ada yang perlu menunggu lama. Walaubagaimanapun, semua ibubapa amat berminat untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing. Kehadiran amat memberansangkan iaitu 23/24. Semoga perbincangan antara guru dan ibubapa hari ini dapat meningkatkan prestasi anak-anak. Kami percaya untuk melahirkan anak-anak yang hebat, ibubapa juga perlu hebat dari segi pemikiran dan sikap. Hebat semua ibubapa Pra Zamrud kami dan tahniah kepada anda semua! Disini kami ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Fitri" yang bakal menjelma.
Thursday, 16 June 2016
BEREHAT SAMBIL MENONTON WAYANG
Hari ini murid menonton wayang "Upin dan Ipin - Hantu Durian" di Bilik Makmal Komputer bersama kelas Pra Delima. Seronok sangat murid-murid hari ini kerana dapat menonton cerita kesukaan mereka..
Monday, 6 June 2016
Mari Bergotong Royong Membersihkan Kelas!
Semua murid bersemangat hari ini untuk mengemas dan membersihkan kelas.. Semua bangun dan bersama-sama berusaha untuk mencantikkan kelas Pra Zamrud.. Lihatlah pada gambar-gambar ini... syabas! Anda memang hebat!
Selepas penat membersihkan kelas.. semua duduk dan menonton CD Doremon...
Sedihnya Ada Murid Nak Pindah!
Berlatih Coral Speaking
Setiap hari selepas kudapan kami akan berlatih "Coral Speaking" untuk persediaan persembahan Hari Graduasi 2016. Berkat kesabaran dan kegigihan murid, Alhamdulillah separuh murid telah hafal semua sebutan dan pergerakan.. Murid telah diajar "Coral Speaking" sejal awal bulan Febuari lagi... Harap jangan ada yang lupa pulak selepas cuti sekolah bulan Mei ini...ingat tu..
Selepas penat berlatih.. murid dibenarkan bermain lego dan permainan yang lain.. Ramai yang pandai membuat rekacipta.. Lihat saja gambar dibawah ini..
Selepas penat berlatih.. murid dibenarkan bermain lego dan permainan yang lain.. Ramai yang pandai membuat rekacipta.. Lihat saja gambar dibawah ini..
Aqil membuat rumah alaf 21 |
Ammar membuat kapal angkasa |
Sambutan Hari Guru SKTSP pada 25.5.2016 (Rabu)
Subscribe to:
Posts (Atom)