Tuesday 29 April 2014

KECERIAAN KELAS PRA KAMI

Lihatlah gambar keceriaan yang telah kami buat sepanjang tahun lepas dan tahun ini.... walaupun terasa penatnya tapi bila lihat hasilnya pula, hati rasa puas... Dibawah ini ialah gambar keceriaan taman yang kami telah buat.. kerana pra kami bertemakan bentuk..jadi semua yang kami buat dalam bentuk yang kami perjelaskan seperti dibawah... ini masih belum siap lagi tau..nanti saya postkan gambarnya bila dah siap nanti ok...
 
 
 
 
ini pula gambar keceriaan dalam kelas dan dewan makan pula... bagaimana?.. kalau ada cadangan lain... boleh lah share dengan kami....
 


 


Monday 21 April 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI DAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Majlis Sambutan Hari jadi telah diadakan pada 20.2.2014, Hari Khamis. Pada hari ini majlis dibuat untuk semua murid kelas Pra 3 (sekarang dikenali dengan nama PRA ZAMRUD).  Ada kek juga tau untuk majlis ni tapi sebiji jer...share ramai-ramai. Hari ini juga kami meraikan hari jadi Khairel yang jatuh pada 11 Januari dan Yusoff 11 Febuari. Cikgu Noraihan turut memakaikan button Selamat Hari Lahir dari Program Mentor Mentee kepada Khairel, Yusoff, Syakirin dan Ameerah. Walaupun Syakirin hari  lahirnya pada 24 Mac dan Ameerah 27 Mac tapi Cikgu Noraihan menyambutnya serentak... well guys.. "Happy Birthday To You and Wish You All The Best" dan juga....jangan nakal-nakal lagi tau sebab kamu dah jadi abang dan kakak yang paling tua dalam kelas...hehehe
 
 
Macam-macam ada...
 
 
Cikgu Noraihan bersama (dari kiri) Ameerah, Khairel, Yusoff dan Syakirin
Senyum.. Khairel bersama kek harijadi
 
Gaya macho Yusoff ... hensem kan..


KERJA-KERJA PEMBINAAN PRA 3

Gambar ini diambil pada tahun 2012 tapi pada masa tu saya masih lagi belum bekerja di sini jadi tak bolehlah nak cerita panjang  pun...Inilah gambar semasa pra 3 masih dalam pembinaan lagi... tengok lah sendiri ye..