Thursday 12 May 2016

Persembahan Murid Pra di Hari Minggu Bahasa Melayu 27.4.2016

Murid-murid prasekolah telah membuat persembahan pantun sempena Minggu Bahasa Melayu. Ketiga-tiga kelas pra terlibat iaitu Pra Mutiara, Pra Delima dan Pra Zamrud. Setiap kelas diwakili dengan 5 orang murid dan murid Pra Zamrud yang terlibat ialah Iman, Izzah, Akiff, Humairah dan Sara. Sementara dalam pertandingan mewarna pula Humairah, Sara dan Rahwani telah memenangi hadiah kerana mewarna dengan cantik.. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SKTSP En. Zakri bin Abd. Aziz. Tahniah semua..








Hari Terakhir Guru Praktikum di Kelas Pra Zamrud

Sepanjang guru praktikum datang ke kelas kami.. murid-murid amat seronok dengan pelbagai aktiviti seperti nyanyian, tarian, bermain alat genderang, belajar matematik noliteng, belajar mengenal huruf kecamlis dan bermacam lagi kaedah belajar yang baru.. Hari ini murid sedih kerana Cikgu Firdaus dan Cikgu Nik dah nak pergi.. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar dan semoga cikgu berjaya melepasi peperiksaan .. Good luck cikgu all the best!


















Wednesday 11 May 2016

Sesi fotografi untuk graduasi 2016

Seronoknya murid-murid semua sebab hari ini kami akan menjalani sesi fotografi.. Hari ini kami akan memakai jubah untuk Hari Graduasi.. Tengok ajelah ragam anak-anak.. semuanya tak boleh diam sebab terlalu teruja..