Wednesday 9 July 2014

PROGRAM 3 PENJURU PRASEKOLAH 2014


 
 Program 3 Penjuru Prasekolah SKTSP telah diadakan pada 3.7.2014, Hari Khamis.  Sambutan daripada ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan dimana semua ibubapa murid Pra Zamrud telah sudi hadir.  Kehadiran ibubapa 100%!!! Syabas!! Ibubapa  telah melihat sendiri prestasi anak-anak mereka dan mengenali guru dengan lebih dekat.  

Terkejut kami hari ini dengan kehadiran YDP PIBG Kapt. (B) Othmarani bin Mohd Shah dan Guru Besar SKTSP En. Ahmad bin Harun. Terima kasih kerana telah sudi hadir dan melihat sendiri perjalanan program ini. Banyak persoalan telah diajukan dan setelah perbincangan antara guru dan ibubapa hari ini banyak penambahbaikan telah dizahirkan. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi kebaikan kepada murid-murid khasnya dan kelas kami amnya.
Perbincangan antara penjaga dan guru mengenai prestasi murid


Sebahagian ibubapa yang hadir
Terima kasih YDP PIBG dan Guru Besar kerana sudi hadir!
YDP PIBG beramah mesra dengan ibubapa yang hadir
 
 
Berbaju batik hijau Guru Besar dan disebelahnya YDP PIBG
 
 
 
 
 


Tuesday 8 July 2014

Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah


Pada 26.6.2014 Karnival Sukan Peringkat Daerah Seremban telah di adakan di Centre Court, Paroi. Acara yang dipertandingkan ialah futsal dan bola jaring. Terima kasih kepada semua guru dari Unit USUKO yang telah sanggup memberi tunjuk ajar kepada murid-murid prasekolah. Tahun ini prasekolah SKTSP kurang bernasib baik kerana tidak memenangi sebarang acara. Insyallah kami akan mencuba tahun hadapan pula... doakan kami ya!!
  
  
Pemain futsal prasekolah SKTSP bergambar bersama guru dan jurulatih
 
 
Referee menerangkan sesuatu kepada pemain futsal prasekolah
Permainan dimulakan!
 
Barisan pemain cilik prasekolah
Tu dia! Ustaz Wan beri semangat pada pemain..
Menjamu selera selepas penat bermain...
 





Hari Sukan Sekolah SKTSP 2014 pada 25.6.2014

Sukan tahun ini tidak semeriah tahun lepas, mungkin sebab ramai sibuk nak balik kampung sebab esok nak sambut Ramadhan.. Pada anak-anak yang datang terima kasih pada semua ibubapa sebab sanggup tunda nak balik kampung.....

Khemah rumah-rumah sukan

Perarakan rumah sukan


Duduk menunggu acara sukaneka
Lama menunggu sampai Yussuf nyaris tertidur....
 

Acara sukaneka yang ditukar pada saat akhir




Pra Zamrud is still the best!!


Sebahagian guru-guru comel yang hadir semasa Hari Sukan SKTSP 2014

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ISRAQ MIKRAJ

Pertandingan mewarna telah diadakan pada bulan Mei 2014 dan hadiah telah disampaikan pada 26.5.2014 di dalam kelas oleh Cikgu Noraihan.  Bagi kelas kami, tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Fazureen Najwa binti Muszaffar, hadiah tempat kedua pula ialah Aisyah Mariah binti Zulfahmie dan ketiga dimenangi oleh Syahmi Nur Dalisha binti Abd Razak.  Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dan kepada yang lain pula... bolehlah cuba tahun depan..tapi bukanlah di pra lagi..
Cikgu Noraihan menampal gambar pemenang pertandingan mewarna



Pemenang tempat pertama, Nur Fazureen Najwa binti Muszaffar

Pemenang tempat kedua, Aisyah Mariah binti Zulfahmie
Pemenang tempat ketiga, Syahmi Nur Dalisha binti Abd Razak


Cikgu Noraihan bergambar kenangan bersama pemenang.