Monday 10 February 2014

HARI INI KAMI BELAJAR MENGAJI

 Hari ini murid Pra Zamrud belajar mengaji dengan Guru Agama Prasekolah iaitu Ustazah Pn. Rohimah binti Ahmad. Lihatlah ketekunan mereka untuk belajar...



Sunday 9 February 2014

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan 2014.

 
 
Pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat telah diadakan pada 17.1.2014. Lihatlah kemeriahan suasana Pertandingan Seronoknya Mewarna Nuri yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir  5.00 petang.Setiap peserta diberikan baju T-shirt berwarna oren Kelab Nuri Bank Rakyat dan pensel warna. Pemenang mendapat hadiah berupa beg sekolah. Bestnya!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Hari Pendaftaran Prasekolah pada 30.12.2013 dan Mesyuarat Pemuafakatan Waris Kali Pertama 2014

Hari persekolahan bermula lagi! Pendaftaran Prasekolah SK Taman Seri Pagi telah diadakan pada 30.12.2014.  Hari ini pun murid tahun satu turut sama membuat pendaftaran.Selepas pendaftaran, satu mesyuarat pemuafakatan waris pula dibuat. Tahun 2014, Ketua Waris yang dilantik ialah En. Mohd Hafiz bin Muhammad Nor (Pra Delima), Timbalannya ialah En. Mohd Noor bin Mohd Basheer (Pra Mutiara) dan 6 AJK yang dilantik pula adalah Pn. Rozita binti Yusof (Pra Delima), Pn. Wan Tizanita binti Muhamad Rusli (Pra Mutiara), Pn. Norzawizam binti Mustafa (Pra Zamrud), Pn. Zainal Abidin bin Abd Talib (Pra Mutiara), En. Shahrul Azhar bin Abdul Razali (Pra Zamrud dan En. Ahmadullaspar bin Abdul Halim (Pra Delima). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu sepanjang hari ini.
.
Bersemangat mendengar ucapan dari Guru Besar SKTSP
Sebahagian daripada ibubapa prasekolah dan Tahun Satu yang hadir
Turut hadir Puan Fadzillah binti Mansor (GPK 1) dan Puan Saripah binti Abd. Aziz (GPK HEM)
Penyelaras Prasekolah Pn. Saaudah binti Yahya dan GPK 1 SKTSP, Pn. Fadzillah binti Mansor

Ketua Waris, Timbalan Ketua Waris dan AJK yang dilantik
,


Penyelaras Prasekolah SKTSP sedang sedang memberikan ucapan



Friday 7 February 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 21.1.2014

Sambutan Maulidur Rasul telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Tahun ini temanya adalah "Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah". Semua pelajar dan guru telah mengambil bahagian termasuklah kami dari prasekolah. Lihatlah suasana kemeriahan sambutan kali ini disusuli dengan perarakan dari sekolah mengelilingi taman perumahan Taman Seri Pagi.  Terimakasih atas kerjasama baik dari pengguna jalan raya serta bantuan pihak polis menjaga lalu lintas pada hari tersebut.
 

 
 
 
 
 

Sebahagian dari pelajar yang mengambil bahagian






Comelnya murid pra Zamrud memakai tudung
Sebahagian murid lelaki pra Zamrud menunggu sebelum perarakan



Berehat sebentar selepas perarakan dengan mendengar ceramah