Monday 26 January 2015

Lawatan Prasekolah SKTSP pada 15 Nov. 2014


Pada hari ini pagi-pagi lagi murid Prasekolah SKTSP telah berkumpul di hadapan surau untuk memulakan penjelajahan kami.  Hari ini kami akan pergi membuat lawatan ke City Park Seremban 2 dan Muzium Angkatan Tentera Port Dickson.  Lihat sajalah pada gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini.

Ustaz Wan Afthanizam membacakan doa sebelum memulakan perjalanan
 Dibawah ini adalah gambar kami ketika berada di City Park Seremban 2.  Semasa kami tiba ramai pengunjung sedang melakukan senamrobik tapi kami tidak turut serta.  Kami nak beritahu, di sini ikannya besar-besar.  Masa bagi makan roti, ikan tu naik berebut-rebut...


Wah!! Besarnya ikan!!
Berebut menjatuhkan roti memberi makan ikan 

Cikgu Noraihan bersama murid :(dari kiri) Ameerah, Shahirah, Imran,
Amani, Yusoff, Aiman, Nazrul, Khalisah, Fazureen dan Syamimi
Riangnya bermain di taman permainan
 

Bye... Kami nak pergi ke Muzium Angkatan Tentera lepas ni
 
Menunggu bas untuk berangkat ke PD
Dibawah pula adalah gambar kami di Muzium Angkatan Tentera Darat di Port Dickson.

Tabik Hormat!!!!


Apasal la...bot ni tak belayar lagi nih.. Jenuh kami menunggu!!















Kami Bermain Doh pada 28.10.2014


 Hari ini kami belajar di luar kelas... Seronoknya sebab kami belajar menguli doh dan membuat bentuk-bentuk yang kami suka... ada bentuk kuih, burung, bulatan, kapalterbang dan lain-lain.  Tapi sayangnya gambar tak sempat nak ambil sebab kamera cikgu dah habis bateri...





                                                               




Sunday 25 January 2015

Majlis Persaraan GPK HEM Puan Saripah bt Abd Aziz



Majlis persaraan Puan Saripah telah diadakan pada bulan November 2014.  Beliau akan bersara pada 2 Januari 2015.  Meriahnya majlis yang telah diadakan ini dan sedihnya kerana sekolah akan kehilangan seorang guru yang dikasihi, penyayang, lemah-lembut dan baik hati.

Wish you all the best Puan Saripah!! May Allah bless you and your future undertakings...


Apa lah yang dibisikan Imran pada Khairell.. Aiman pulak tak reti duduk diam..

Jangan la sedih sangat Yusoff.. 

Friday 23 January 2015

Pendaftaran Prasekolah 2015 dan Mesyuarat Pemuafakatan Waris 2015

Hari ini Prasekolah SK Taman Seri Pagi sibuk dengan pendaftaran untuk murid-murid baru tahun 2015.  Minggu depan masuk lah murid baru dengan ragam dan perangai yang baru....  SELAMAT DATANG MURID BARU PRASEKOLAH TAHUN 2015!!..

Pada hari yang sama juga mesyuarat pemuafakatan waris turut diadakan.





En. Ahmad bin Harun, Guru Besar SK Taman Seri Pagi
Yang diPertua PIBG memberi ucapan