Tuesday 14 April 2015

Mari Bersenamrobik!

 Pagi-pagi Hari Selasa ini semua murid telah berkumpul di Dataran SKTSP untuk aktiviti PFK (Tunjang Fizikal).  Wah! Bukan main seronok lagi murid hari ini dapat keluar sekejap.  Release tension duduk dalam kelas!

Janganlah tarik... aku malulah..

Angkat tangan. Buat macam ni..

Macam mana ni? Angkat kaki kanan ke kiri dulu ni?

Cepatlah!  Mari lah kita join sekali...



Cikgu buat apa ni.. Ajar tarian kot..

Pusing kanan, pusing kiri..

Monday 13 April 2015

Hari ini kami bersama guru PBS

Ada cikgu cantik datang ke kelas kami hari ini!  Nama dia Puan Norfadlihaslini binti Mohd Nor dari IPG KPM Melaka.  Dia datang kerana kerja kursusnya PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah).  Garang juga Lini ni tapi kami suka... Tapi Cikgu Lini tak lama di kelas kami cuma 2 minggu je.. walaubagaimanapun kami suka dia sebab dia baik..

Cikgu Lini bertudung warna merah dan Cikgu Noraihan pula bertudung warna ungu

Murid Pra Zamrud bersama Cikgu Lini dan ibu.



Mari bersarapan pagi bersama kami

Lepas penat menghadiri perhimpunan pagi, kami baru dapat bersarapan... hari ini kek coklat dan air milo.. Best!.. Aqif dan Haziq berlumba-lumba nak beratur di depan dan makan dulu. Tak sabar nak tunggu cerita dari ibu sebab ibu akan bercerita pada waktu sarapan dan kudapan.  Macam-macam kisah.. kali ini kisah apa ya...

Ibu! Nak kek lagi boleh tak? Tanya Aqif






Sunday 12 April 2015

Perhimpunan Pagi SKTSP setiap Hari Isnin

Setiap hari Isnin kami akan pergi menghadiri perhimpunan pagi. Semua pelajar, termasuk kami dari Prasekolah akan berhimpun di Dataran SKTSP menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah. Selepas itu pula kami akan mendengar amanat daripada Guru Besar, guru GPK, guru disiplin dan ramai lagi... Ada yang kami faham tapi... banyak lagi yang kami tak faham.....Penat juga menunggu masa nak masuk kelas untuk bersarapan pagi... Lapar tau!  Entah apa ibu (pembantu kelas kami) nak masak hari ini.. Lapar! Lapar! Lapar!...

Apasal pula abang-abang tu kena berdiri.. Mesti mereka kena marah kan..

Hai! Cikgu bila nak abis ni... Kami lapar la..


Kami Belajar Cara Berwuduk

Hari ini Ustazah Rohimah mengajar kami cara berwuduk yang betul. Kami melakukannya sambil bernyanyi.. Ustazah mengajar kami anggota yang wajib wuduk iaitu basuh muka, tangan, kepala dan kaki. Kami belajar selama 2 hari iaitu hari Rabu dan Khamis.

Ustazah tak faham! Wuduk tu apa?

Ustazah bila nak buat ni?..tanya Aqif

Faham tak? Mula-mula buat apa?

Basuh tangan sampai siku, Ustazah menunjukkan cara yang betul

Perlahan lah sikit Ustazah, kami tak fahamlah...

Sibuk bila diberi lembaran kerja... gambar apa ni..

Kau orang dapat gambar sama tak dengan aku...






Mula-mula basuh muka, Ustazah menunjukkan kepada murid cara-caranya
Murid-murid mengikut Ustazah , membasuh kepala

Tekunnya Aniq dan Qaseh menulis di lembaran kerja mereka

Adleena dah mula menulis tapi Danish dan Imran masih bercakap lagi..Dah tu! Tulis cepat

Ustazah Rohimah menerangkan sesuatu kepada Maisarah dan Anisa
Ketawa pulak si Danial ni bila Ustazah tunjukkan cara yang betul..

Murid lelaki membasuh kaki. praktikal buat betul-betul..

Ustazah menunjukkan cara yang betul membasuh tangan kepada Nur Umayra

Lepas itu, tangan kirilah pula Umayra

Basuh rambut lah..

Basuh telinga, biar lepas ni mudah dengar kata cikgu!

Basuh kaki kanan dulu