Friday 22 November 2013

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH 2013

Kali ini Karnival Prasekolah telah pada 18hb. September 2013 hari Rabu di SK Senawang 3, kami PPM tak pergi pun...sebab ianya dibuat masa P&P. Kena jaga murid-murid lain yang hadir..
Disini saya postkan gambar-gambar yang diambil sepanjang karnival tersebut berlangsung.
Zafran dan Wafiyya juga turut serta dalam pertandingan menyusun huruf
 

yang hensem pakai cermin mata hitam tu Nur Irsyad Amzar dari Pra 3
Cikgu-cikgu yang terlibat sebagai AJK Karnival
Moyok je muka Qurratul.. 
Berbaju oren tu pegawai dari PPD Puan Norrihan Mohamad
Qurratul bergambar kenangan Hari Karnival 2013

Murid sedang bersedia untuk acara menyusun huruf... Selamat Berjaya!
Taklimat sedang diberikan kepada murid-murid sebelum acara dimulakan...

Pra 3 turut mengambil bahagian dalam Acara Mewarna, Menyusun Huruf Bahasa Malaysia dan Nyanyian Solo. Nur Qurratul Nafishah binti Sha'ari menyertai Acara Mewarna, Nyanyian Solo diwakili oleh Nor Irsyad Amzar bin Hasnizatul Azly dan Menyusun Perkataan Bahasa Malaysia diwakili oleh Nur Wafiyya Tasnim binti Mohamad Lukman dan Muhammad Nur Zafran.

Walaubagaimanapun, tahun ini sekolah kami tidak memenangi sebarang hadiah... Insyallah tahun depan boleh usaha lagi.. Gambate Kudasai!!!

Thursday 14 November 2013

SIAPA PALING CEPAT !!!

Hari ini anak-anak diuji untuk membina perkataan.... mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lihatlah di sini kecekapan mereka menyusun huruf dan membina perkataan... 
Apa lagi Haziq! Susunlah cepat perkataan tu jangan pandang je!
Apa la agaknya yang sedang dibincangkan tu...
Aii..jangan tiru ok..
Kita buat sama-sama nak
Apalah agaknya yang sedang diperkatakan oleh Wafiyya ni..
Cikgu Noraihan sedang memantau aktiviti murid-murid


Saturday 9 November 2013

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)



Latihan kebakaran bersama pihak bomba telah diadakan pada 30hb. Oktober 2013.. Kebetulan pulak kami sedang buat rehearsal untuk persembahan hari konvokesyen Prasekolah yang akan dibuat pada 8hb. November 2013.











Di sini dipaparkan sebahagian daripada gambar suasana pada hari tersebut.

Seorang pegawai bomba wanita sedang memberi penerangan.







Kanak-kanak ni seronok betul..... bila pegawai bomba tu tanya je siapa nak padamkan api... berebut-rebut dia orang angkat tangan terutamanya si Irsyad..

Sporting juga cikgu-cikgu ni join dalam latihan ni...Best.!
Anak-anak kyusyuk mendengar taklimat kebakaran.

Anak-anak murid pra 3 yang comel



Aii.. Rafiqi ni apa pulak kerjanya tu.... sempat juga dia mengusik di haqimi kat depan tu
Kenangan anak-anak pra 3, sempat lagi posing tu..

Friday 8 November 2013

GERAK TARI 1 MALAYSIA


Gerak Tari 1 Malaysia telah diadakan pada 1hb. Oktober 2013 dan telah mencatat Malaysia Guiness Book of Records kerana ianya telah dilakukan dengan serentak di Prasekolah seluruh Malaysia.

Mengkagumkan anak-anak prasekolah boleh melakukannya walaupun hanya menjalani latihan yang singkat.  Semuanya komited dan bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik....



Syabas anak-anak...









Disini saya paparkan sebahagian gambar anak-anak yang terlibat.. seronok melihat mereka menari..comelnya!





Seronoknya mereka sampai tak nampak macam nak berhenti
menari...  Step tarian jangan cakaplah... dah jadi tarian hentam keromo dah... rasa nak gelak pun ada.... tapi anak-anak kan.. biar lah mereka buat macamana pun, janji dia orang dah berusaha buat yang terbaik. Baik punya!

Syabas untuk para guru Prasekolah, PPM dan anak-anak semua!


Ini lah gambar Guru-guru prasekolah, PPM dan semua anak-anak yang terlibat dalam Gerak Tari 1 Malaysia

Monday 4 November 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2013

Hari ni sibuk melayan anak-anak yang tak sabar nak buat persembahan untuk Hari Kanak-kanak. Tapi hari ni tak ramai yang datang sekolah, cuma 16 orang sahaja.

Walaupun tak ramai tapi melayan mereka tu sama je macam 25 orang... tak reti duduk diam..  Tak percaya tengok lah gambar-gambar ni...


Hari ni dapat lah mereka ais krim free ... bukan main happy lagi budak-budak ni..



Tak berani dia orang nak buat perangai sebab cikgu  Noraihan, cikgu Pra 3 (tudung purple) duduk kat depan tu!  Seriusnya muka cikgu ....takut.....


Sebahagian dari guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir

Hadiah yang disediakan kepada pemenang

Duduk dari kanan : Kak Dila (GPK HEM), sebelahnya tudung purple tu Kak Raili (GPK 1), yang kontrol hensem tu En Husainizam (GPK Ko-ko) dan yang berbaju kot tu GB kami En. Ahmad

Persembahan dari Pra 2

Persembahan Pra 1

ini  lah anak-anak pra 3 yang buat persembahan berpakaian etnik di Malaysia
bersemangat betul mereka...seronok buat persembahan!
persembahan dari pengawas tahun 6 2013
Berbaloi juga persembahan mereka ni.. dapat lah tempat pertama.  Tapi hadiahnya sebenarnya sama jer..adil la tu semua dapat hadiah.  Lepas ni anak-anak ni sibuk pulak nak prepare persembahan untuk hari konvokesyen Prasekolah pada 8 November 2013, Hari Jumaat ni.  Insyallah..... Lepas ni rindulah kami dengan anak-anak ni semua...

Friday 1 November 2013

KERJA AMAL KECERIAAN PRA 3

Kerja Amal Keceriaan Pra 3 telah bermula sebaik tamatnya peperiksaan UPSR dalam bulan September dan masih berlanjutan sehingga 14hb. Nov ini. 

Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat kerana telah sudi meluangkan masa mereka untuk bersama-sama berusaha untuk keceriaan Pra 3. Syabas semua! Terima kasih banyak-banyak.









Senyum walau penat mengangkat batu penutup longkang yang berat tu..
Suasana dalam dewan makan.. Amboi semangatnya membalut buku..


semangat kerja berpasukan..
releks dik... jangan gaduh..
Siapkan kerja cepat!

Thanks to all coz you have done a very good job! 

Disini saya paparkan gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kerja amal itu. 


Seramai 11 orang pelajar terlibat dalam Kerja Amal Keceriaan Pra 3 iaitu 2 orang pelajar dari kelas 6A dan 9 orang pelajar dari kelas 6B. 




Mereka ialah  Muhammad Arif bin Iman (ketua pelajar)(6A), Khairul Hamizan bin Azmi (6B), Muhammad Adzril bin Kassim Selamat (6B) , Muhammad Zulhafiz Haqimi bin Salim (6B), Danial Hafiy bin Mohd Nazri (6B), Muhammad Akmal Daniel bin Md Isa (6B), Muhammad Danial Shahmie bin Mazlan (6B), Muhammad Zamshah bin Zuri (6B), Muhammad Raziqin Hazeq bin Kamarudin (6A), Muhammad Amir Hassanudin bin Ruslan (6B) dan Muhd Fais Akmal bin Mohd Farid (6B).                                                      
      

      Banyak juga yang telah dibantu seperti mengangkat tanah, menyusun batu-bata, membuat tempat pokok bunga, menanam pokok bunga, mengecat batu-bata, mencuci tingkap, membersihkan longkang, membalut buku cerita, mentor-mentee, membersihkan kipas, membaikpulih taman herba dan taman bunga, membuat kotak aktiviti murid dan banyak lagi..


Hati-hati jangan tersepit jari dah la...


Walaupun mereka kepenatan tapi semangat adik-adik ni patut dipuji sebab mereka tidak berkira pasal kerja. Semuanya telah memberikan komitment yang amat baik serta amat komited dalam tugasan ... 

Kami mengharapkan agar tahun hadapan masih ada yang sudi untuk terlibat dalam kerja amal seperti ini....bersama-sama untuk memajukan serta berusaha untuk

 menambahbaik keceriaan disekolah kita..

Terima kasih juga kepada guru penyelaras tahun enam, Cikgu Hamisah kerana telah memberi izin dan restu  kepada pelajar ini membantu kami... 

Thanks again for a million times adik-adik... The very best to all and wish all of you will get flying colours in exam!