Friday 29 July 2016

Bengkel Asas Pertolongan Cemas Prasekolah 2016


 Bagus program hari ini sebab kami belajar cara-cara untuk melakukan pertolongan cemas sekiranya berlaku kecederaan sewaktu di dalam kelas, bermain di padang permainan atau di mana-mana sahaja. Penceramah jemputan adalah Cikgu Faizal.. yang comel.  Murid sungguh tekun mendengar dan amat berminat dengan bengkel hari ini.  Sambutan dari murid amat memberangsangkan sehinggkan Cikgu Faizal tidak dapat menjawab soalan yang ditanya murid... sebab soalan lari dari tajuk.. hehehe.. Walau bagaimanapun terima kasih cikgu atas ceramah yang sungguh bagus dan amat berguna. Semua murid terlibat dan menunjukkan minat untuk mencuba.
Ucapan alu-aluan dari Cikgu Firdaus





Aina menangis kerana takut kena cucuk...


Cenderahati di sampaikan oleh Cikgu Noraihan kepada Cikgu Faizal





Tuesday 26 July 2016

Jamuan Hari Raya Prasekolah 2016



Murid Pra Zamrud seronok mendapat duit raya bergambar bersama Cikgu Noraihan dan ibu (pembantu)
Bersemangat sungguh murid-murid datang hari ini dengan baju yang berwarna-warni. Cantik dan comel! Terima kasih kepada semua ibubapa yang menyumbang makanan.. sedap sangat! Murid juga turut menerima duit raya...Tengok ajelah gambar-gambar ni ya.. Selamat Hari Raya Semua Maaf Dzahir dan Bathin.

Murid bersama Cikgu Noraihan dan Guru Praktikum, Cikgu Nik Ambare dan Cikgu Firdaus


Amat tertib dan berdisiplin murid ketika mengambil makanan





















Juga ada pasangan sedondon..ehem-ehem.. Mana yang paling cantik..











We Love U !!











Tuesday 19 July 2016

Aktiviti Membina Perkataan



Hari ini Cikgu memberi latihan kepada murid untuk mengeja dan membaca ayat-ayat mudah dalam Bahasa Melayu.  Pagi-pagi lagi murid-murid diminta untuk membaca. Ramai murid mengeja 'datuk' menjadi 'atok'. hahaha. Masalahnya ramai murid tak nak berusaha untuk mengeja perkataan, bukannya tak dapat buat tapi tak nak buat.  Sebenarnya Cikgu nak lihat inisiatif dari murid sendiri... sedihnya murid masih lagi nak bermain.. mungkin bahang raya lagi kot. hmmmmm...





Pencapaian murid hari ini. Hanya 11 orang murid yang berjaya membina perkataan daripada 24 orang murid.