Tuesday 31 March 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014


Murid-murid Pra sekolah turut membuat persembahan dalam majlis ini iaitu nasyid dan bicara berirama.  Seronok mereka hari ini kerana mendapat saguhati dari pihak sekolah. Lihat sajalah pada gambar-gambar yang saya postkan disini.











Majlis Konvokesyen Prasekolah 2014

Majlis Konvokesyen Prasekolah telah diadakan pada 3hb. November 2014, Hari Jumaat. Murid-murid diraikan dalam majlis yang turut melibatkan penyertaan dari murid-murid pra juga. Pra Zamrud membuat persembahan tarian rampai dan Bicara Berirama.  Rayyan  dari Pra Delima pula membuat persembahan bercerita dan azan. Acara lain ialah Nasyid yang melibatkan penyertaan dari tiga kelas pra iaitu Pra Mutiara, Delima dan Zamrud. 

Persembahan tarian rampai dari Pra Zamrud

Jangan lupa langkah tau! Pusinglah cepat...

Persembahan bicara berirama dari pra Zamrud
Rayyan sedang mengalunkan azan



Syakirin mendapat Anugerah Terbaik Bahasa Inggeris dari Guru Besar

Delisha turut mendapat anugerah Penolong Kelas
Amsyar mendapat sijil Ketua Kelas


Nurul mendapat Anugerah Cemerlang Bahasa Malaysia

Bergambar bersama Ustaz Wan Afthanizam, bapa Yusuff (yang montel dan comel kat depan Ustaz Wan)

Gambar murid-murid Pra Zamrud dengan jubah Konvokesyen

Bergambar bersama murid Pra Zamrud, Pn. Noraihan dan Ustazah Rohimah

Sekali lagi... opps...










Menguji Kemahiran Moto Kasar Murid

Hari ini Cikgu Noraihan menjalankan aktiviti kemahiran moto kasar seperti melompat, menyambut bola, merangkak, membongkok, berjalan itik, meniti batu-bata dan lain-lain.  Senonok betul mereka kerana hari ini mereka menjalankan pelbagai perkara yang berlainan.



 




Selepas itu cikgu membenarkan murid-murid bermain mainan kerana murid-murid telah penat menjalankan aktiviti tadi...
 










Monday 30 March 2015

Aktiviti tahun 2015, Membimbing Rakan Sebaya

Setiap pagi kelas kami semua akan membuat aktiviti membimbing rakan sebaya sebelum waktu P&P bermula. Ini lah rutin murid-murid setiap hari datang ke sekolah. Mula-mula liat juga mereka nak mulakan aktiviti  ini tapi lama-kelamaan mereka dah seronok pulak... Lihat lah saja pada gambar yang kami paparkan di sini... Jom! Mari membaca bersama kami....

Siap baring atas lantai lagi..

Murid yang pandai akan membimbing rakan lain membaca...

Maisarah sedang membimbing Anisah membaca
Siapa yang ajar siapa ni? Syasya dan Mikhail sedang belajar bersama




Sebutlah betul-betul Umayra, saya dah penat ni.. kata Mikhail



Macam-macam gelagat anak-anak ni.. berbaring dan meniarap.. Tak pa asalkan semua nak membaca
Ibu! Kalau belajar dapat bintang ke? Tanya Haziq. Cikgu Noraihan sedang membimbing Imran membaca


Kita buat senaman nak? Kaki aku dah penat ni kata Aqif pada Haziq



Cikgu Noraihan sedang menguji bacaan Imran