Wednesday 20 May 2015

Pencerapan Intervensi 2015

Hari ini ada guru datang membuat Pencerapan Intervensi di kelas kami.  Beliau adalah Ketua Panitia Sains sekolah SKTSP iaitu Puan Rusida binti Omar. Hari ini cikgu Noraihan telah bersedia dengan bahannya iaitu bentuk dan warna.  Harap-harap semua murid mengikut arahan dan berdisiplin hari ini...


Inilah Puan Rosida binti Omar, Ketua Panitia Sains SKTSP


Murid dikehendaki mewarna mengikut bentuk sebagaimana arahan
 




Ehem!Ehem! Senyum ada makna.......
 






Hari ini guru relief masuk kelas kami..23.6.2015

Cikgu Noraihan tiada hari ini.. jadi hari ini ada guru ganti masuk kelas kami.. Kami tetap juga belajar macam biasa.. Cikgu Fazliyatun mengajar murid membuat 'family tree'. Murid mmbuat daun menggunakan dakwat hijau dan bunga menggunakan dakwat merah. Semuanya dibuat dengan cap jari pada dakwat tersebut.. Sangat cantik hasil yang dibuat oleh murid dengan idea kreatif Cikgu Fazliyatun.. Terima kasih cikgu sebab kongsi idea dengan kami..




k



Thursday 7 May 2015

Cikgu Bercerita, Kami Membina Ayat dan Menari

Cikgu Noraihan mengeluarkan buku besar dan bercerita kepada kami dengan tajuknya "The Thirsty Crow". Cerita ini mengisahkan seekor gagak yang kehausan hendak meminum air. Akhirnya dia menemui air tetapi air itu sedikit dan berada didalam balang yang kecil. Kesian gagak itu tidak dapat meminum air tersebut. Tetapi dengan kebijaksanaan gagak dengan memasukkan batu-batu kecil, kedalam balang itu akhirnya dia dapat dapat minum air dengan puasnya.

Selepas bercerita, murid diminta menyusun huruf-huruf untuk membina perkataan dalam Bahasa Malaysia.  Murid diletakkan di dalam beberapa kumpulan dan kumpulan  yang membina perkataan paling banyak akan menang. Kumpulan yang menang terdiri daripada Adlina, Fatin, Umayra, Anisa dan Qaseh. Mereka telah membina sebanyak 28 huruf. Syabas adik! Yang lain kena cuba lagi.

Lepas penat membina ayat, kami berlatih tarian pula... ibu membuka CD muzik dan kami menari bersama. Seronoknya!

Murid seronok mendengar Cikgu Noraihan bercerita

Cikgu kenapa warna burung tu hitam? Tak cantiklah


Daniel bersemangat menyusun ayat.

Kita nak buat ayat apa ni? Kata Daniel kepada Haziq. Adam pula sibuk memilih huruf





 

 

Wednesday 6 May 2015

Kami belajar sains - Mengenal bentuk, warna dan saiz

Hari ini paling seronok belajar sebab hari ini kami belajar pelajaran sains.  Cikgu Noraihan hendak mengajar kami mengenal bentuk, warna dan saiz. Semua murid perlu mengambil pelbagai bentuk bulat, segi empat sama, segi empat tepat, bujur dan tiga segi , juga warna  seperti warna merah, biru, kuning dan hijau serta saiz besar, sederhana dan kecil. Kami juga belajar mengenal bentuk dinosaur yang terbang, berduri dan ada sumbu dan  turut mempunyai  pelbagai warna.  Hai! Susahnya! Ada banyak warna, banyak bentuk dan banyak saiz.   Pening! Semua murid telah diberi 12 jenis objek berbagai bentuk, warna dan saiz.

Cikgu akan memberi arahan bentuk, warna dan saiz yang dikehendaki dan murid perlu masukkan ke dalam bekas yang di letak kertas berwarna yang berada dihadapan cikgu.  Murid yang telah menghabiskan semua objek yang mereka pegang adalah pemenang dan yang murid yang masih ada baki objek ditangan dikira kalah. Walaupun target berjaya tetapi ada tiga murid yang masih belum menguasainya iaitu Mikhail, Anisa dan Aqif. Mereka masih lemah dalam mengenal bentuk.