Monday 15 February 2016

Pemantauan Guru Praktikum pada 3.2.2016

Hari ini ada pemantauan lagi dari pensyarah IPG iaitu  Puan Che Yang Binti Kassim. Dari semalam lagi Guru Praktikum, Cikgu Nik dan Cikgu Firdaus sibuk menyediakan bahan untuk pengajaran hari ini.








Inilah pensyarah yang datang memantau guru praktikum kelas kami

Saturday 13 February 2016

Menikmati juadah hari ini

Jemput makan cikgu, jemput makan ibu, jemput makan kawan-kawan.  Kami makan dulu! Inilah ucapan murid setiap hari, sebelum menikmati kudapan pukul 10 pagi. Menu hari ini ialah nasi goreng dan buah tembikai. Silakan menjamu selera anak-anak..





Pemeriksaan gigi dari Klinik Kesihatan Senawang 5.2.2016

Bila ada staf dari KK Senawang menjengah kelas kami hari ini, kami seronok sangat. Hari ini ada pemeriksaan gigi di sekolah.  Semua murid tak sabar nak pergi....cuma Auni seorang je yang perlu dipujuk untuk berhenti menangis.  Tapi tak adalah gambar dia, mesti comelkan... Walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah  hari ini.  Semua murid amat berdisiplin dan mematuhi peraturan..
Beratur menunggu nama dipanggil untuk pemeriksaan gigi
Kad hijau diberi kepada murid sebelum masuk membuat pemeriksaan.  Berdebar!!

Nur Auni Hanna!  Masa ni lah Auni dah mula menangis..Tak pe Auni.. kena berani!
Murid beratur di dalam bilik menunggu membuat pemeriksaan gigi
 
 

 

Kami dah sudah! Gigi kami cantik!
Murid-murid yang berani hari ini. Syabas semua..Anda ada gigi yang cantik!
Berkumpul di luar setelah selesai membuat pemeriksaan gigi

Tuesday 2 February 2016

Pemantauan Guru Praktikum oleh Pensyarah IPG

Hari ini 2 Febuari 2016 ada pensyarah dari Institut Perguruan Raja Melewar iaitu Datuk Alias Bin Zakaria datang untuk memantau dua orang guru praktikum di kelas kami Pra Zamrud.  Cikgu Nik dipantau pada 2 Febuari 2016 dan Cikgu Firdaus pula pada 3 Febuari 2016.