Thursday 29 May 2014

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) PADA 6.5.2014

Lari! Lari! Ada kebakaran!... Tepat pukul 11.30 pagi loceng kecemasan berbunyi dan murid-murid beratur dalam barisan dan berjalan cepat ke arah padang.   Hari ini murid-murid belajar Latihan Kebakaran... Alhamdulillah, murid-murid melakukan latihan sebagaimana yang telah diarahkan dan telah memberi komitment yang cukup baik... Lihatlah pada gambar-gambar di bawah ini... Cuma pada hari ini tidak ada bomba datang dan juga tidak ada latihan memadam kebakaran...
Murid berjalan dalam barisan dan teratur
Cikgu Noraihan (berbaju biru bunga-bunga) dan GPK 1 (Berbaju dan bertudung ungu)

Tuesday 27 May 2014

AKTIVITI HARI SABTU

 Pada hari ini (Sabtu 10.5.2014) adalah sekolah ganti ... jadi murid-murid lebih seronok melakukan aktiviti luar kelas... Aktiviti luar? Betul... kami bergotong-royong membersihkan kawasan luar kelas seperti mencabut rumput, mengemas taman bunga, mengutip sampah dan lain-lain... tapi nampaknya kebanyakan murid macam tak biasa jer dengan kerja rumah seperti ini ... tak pe lah .. yang penting ada kerjasama antara satu sama lain dan berusaha untuk melakukannya juga.... Pra Zamrud Best!
Apasal pandang? Buat lah kerja cepat!

OOii! Datang la sini tolong kami..

Khairell dan Aiman buat apa tu..

Hati-hati! Jangan pijak pokok bunga nanti cikgu marah..

Cabut rumput bersih-bersih tau..



Hafiz tolong tengok ada cikgu tak? Aku nak tangkap siput ni...

Khairell bersendirian bekerja..

Hafiz, macamana kita nak buat ni? Masukkan je tangan kamu tu Aiman.



Cikgu! Tangan saya tak boleh keluarlah dari jaring pagar ni!

Degilnya rumput ni tak nak tanggal pulak ni cikgu!

BELAJAR KESELAMATAN JALANRAYA 22.4.2014

  
Hari ini murid-murid belajar subjek baru iaitu Keselamatan Jalanraya. Murid-murid telah dibawa oleh Cikgu Noraihan ke taman permainan untuk mengenal simbol-simbol jalanraya dan kepentingannya seperti simbol berhenti, lampu isyarat, belok kanan, belok kiri dan sebagainya...

Lihatlah seronoknya mereka belajar sambil bermain di sini...Oppsss berhenti! Jangan teruskan perjalanan bila anda nampak tanda 'BERHENTI' bahaya! Pastikan perjalanan selamat dahulu tau murid-murid sebelum meneruskannya... OK lihatlah pada gambar-gambar yang saya postkan di sini...














Monday 26 May 2014

SERONOKNYA MEWARNA (17.4.2014)

 Nak tahu semua... hari ini best sangat! Nak tahu kenapa? Hari ini cikgu kami menngajar aktiviti senilukis - percikan.  Lihatlah kami semua... siap pakai apron lagi.. Kami membuat aktiviti hari ini dengan menggunakan berus gigi dan warna air.. Seronoknya sampai penuh jari-jari kami dengan warna..hahaha.. Siapa tak datang hari ini rugi tau...








Sunday 25 May 2014

LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PADA 23.4.2014

 Hari ini Pra Zamrud menerima kunjungan Lawatan Pemeriksaan Kasihatan daripada Klinik Kesihatan Senawang. Murid-murid diberi taklimat mengenai penjagaan kesihatan oleh SN Rosnah, JM Zalina dan JM Wan.