Friday 1 November 2013

KERJA AMAL KECERIAAN PRA 3

Kerja Amal Keceriaan Pra 3 telah bermula sebaik tamatnya peperiksaan UPSR dalam bulan September dan masih berlanjutan sehingga 14hb. Nov ini. 

Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat kerana telah sudi meluangkan masa mereka untuk bersama-sama berusaha untuk keceriaan Pra 3. Syabas semua! Terima kasih banyak-banyak.









Senyum walau penat mengangkat batu penutup longkang yang berat tu..
Suasana dalam dewan makan.. Amboi semangatnya membalut buku..


semangat kerja berpasukan..
releks dik... jangan gaduh..
Siapkan kerja cepat!

Thanks to all coz you have done a very good job! 

Disini saya paparkan gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kerja amal itu. 


Seramai 11 orang pelajar terlibat dalam Kerja Amal Keceriaan Pra 3 iaitu 2 orang pelajar dari kelas 6A dan 9 orang pelajar dari kelas 6B. 




Mereka ialah  Muhammad Arif bin Iman (ketua pelajar)(6A), Khairul Hamizan bin Azmi (6B), Muhammad Adzril bin Kassim Selamat (6B) , Muhammad Zulhafiz Haqimi bin Salim (6B), Danial Hafiy bin Mohd Nazri (6B), Muhammad Akmal Daniel bin Md Isa (6B), Muhammad Danial Shahmie bin Mazlan (6B), Muhammad Zamshah bin Zuri (6B), Muhammad Raziqin Hazeq bin Kamarudin (6A), Muhammad Amir Hassanudin bin Ruslan (6B) dan Muhd Fais Akmal bin Mohd Farid (6B).                                                      
      

      Banyak juga yang telah dibantu seperti mengangkat tanah, menyusun batu-bata, membuat tempat pokok bunga, menanam pokok bunga, mengecat batu-bata, mencuci tingkap, membersihkan longkang, membalut buku cerita, mentor-mentee, membersihkan kipas, membaikpulih taman herba dan taman bunga, membuat kotak aktiviti murid dan banyak lagi..


Hati-hati jangan tersepit jari dah la...


Walaupun mereka kepenatan tapi semangat adik-adik ni patut dipuji sebab mereka tidak berkira pasal kerja. Semuanya telah memberikan komitment yang amat baik serta amat komited dalam tugasan ... 

Kami mengharapkan agar tahun hadapan masih ada yang sudi untuk terlibat dalam kerja amal seperti ini....bersama-sama untuk memajukan serta berusaha untuk

 menambahbaik keceriaan disekolah kita..

Terima kasih juga kepada guru penyelaras tahun enam, Cikgu Hamisah kerana telah memberi izin dan restu  kepada pelajar ini membantu kami... 

Thanks again for a million times adik-adik... The very best to all and wish all of you will get flying colours in exam!

No comments:

Post a Comment