Wednesday 30 December 2015

Hari Taklimat dan Pendaftaran Murid Prasekolah 2016





Majlis pendaftaran murid prasekolah tahun 2016 telah diadakan pada 30.12.2015 pada jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka SKTSP. 

Para guru prasekolah bersedia menunggu kehadiran ibubapa hari ini

Cikgu Noraihan bersama bapa yang datang membuat pendaftaran



Guru Penolong Petang duduk bersama ibubapa yang hadir hari ini

Terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan yang sudi hadir
Guru Besar SKTSP En. Zakri bin Abd. Aziz sedang memberi ucapan

Ucapan dari pada Penyelaras Prasekolah SKTSP Puan Saaudah binti Yahya
Para bapa yang terpilih sebagai AJK Pemuafakatan Waris
Wakil ibu yang terpilih sebagai AJK Pemuafakatan Waris
Inilah dia Ketua Waris yang baru untuk tahun 2016 En Sarhan Ali bin Moideen. Tahniah!!
 

Karnival Sukan Peringkat Negeri


Cikgu Noraihan bersama Syazmiezal yang terpilih mewakili Prasekolah Daerah Seremban 

Daerah Seremban A bertemu Seremban B ke final penentu tempat pertama dan kedua

Wajah kegembiraan murid dengan medal kemenangan




Hari Sukan Negara



Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10 Oktober 2015 pada hari Sabtu.  Tepat jam 8.00 pagi semua murid dan guru telah berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk bersama-sama dalam program ini.. 

Kami bermula dengan senam robik..best tapi penat..Lihatlah gambar kami bersenam robik..


Kemudian kami berjalan 1000 Langkah...mengelilingi taman perumahan berhampiran sekolah kami.. ini lagilah penat.. Apa pun.. kami semua seronok..


Tuesday 29 December 2015

Graduasi Prasekolah 2015 pada 12.11.2015


Hari ini merupakan hari sangat kami nantikan dan semua murid, cikgu dan PPM Pra Zamrud sibuk sangat hari ini.  Hampir semua murid terlibat dalam persembahan  Pakaian Beragam, Nyanyian Lagu Kanak-kanak dan Coral Speaking....  Juga ada tayangan video dan hadiah kecemerlangan untuk murid-murid yang hebat.

Awal-awal pagi lagi di Pra Zamrud dah sibuk... Alhamdulillah bantuan dan sumbangan tenaga serta pendapat daripada para ibu dan keluarga pada hari ini amat kami hargai. Terima kasih semua! Lihatlah  gambar di bawah, semua berusaha untuk bersama menceriakan hari ini.  






Bergambar bersama murid persembahan pakaian beragam dari Pra Zamrud sebelum acara bermula dengan tema
"1 Malaysia"





Persembahan coral speaking 





Pertandingan Mewarna di HTJS

Hari ini Cikgu Noraihan dan PPM bersama ibubapa telah pergi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Apresiasi Pelajar Sekolah Dalam Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Lima orang murid prasekolah SKTSP terlibat iaitu 3 orang dari Pra Zamrud, seorang dari Pra Delima dan seorang dari Pra Mutiara.
Seramai 75 orang murid prasekolah daerah Seremban telah turut serta.

Juga ada pameran kesihatan serta booth dari  Jabatan Pergigian, Unit Kecemasan, Unit Nutrisi dan banyak lagi.  Kami seronok dapat belajar melakukan CPR..Terbaik!! Apa pun yang pasti hari ini kami enjoy. Best!







Murid dari Pra Zamrud telah memenangi tempat 20 terbaik pertandingan mewarna iaitu Tempat ke 9 - Nur Syaza binti Dzor, Tempat ke 11 - Nur Umayra binti Zulfikri dan Muhammad Denial Haqem bin Mohd Afendi pula di Tempat ke 19.  Tahniah adik-adik!!!

Pemenang tempat ke 9 - Nur Syaza

Pemenang tempat ke 11 - Nur Umayra
Pemenang tempat ke19 - Muhammad Denial Haqem

Bergambar bersama ibu dan keluarga yang hadir