Thursday 28 April 2016

Pergi Lawatan ke Melaka 27.4.2016

La la la la... Terima kasih atas kehadiran Guru Besar SKTSP memantau perjalanan lawatan kami dan sudi bersama sehinggalah kami nak bertolak pergi. Hari ini kami pergi lawatan ke Melaka. Banyak tempat kami pergi seperti Zoo Melaka, Taman Seribu Bunga, Masjid Terapung di Pulau Melaka, Menara Taming Sari dan akhir sekali dapat makan KFC. Objektif program tercapai! Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan. Rasa amat terharu dan terima kasih kepada semua yang turut serta dalam menjayakan program serta menghulurkan bantuan yang amat bernilai hari ini. Terima kasih juga kepada ibu Sara.. sedapnya kek. Nampak semua murid seronok sangat. sehinggalah dalam bas pun masih aktif... Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik... 








Thursday 21 April 2016

Menyusun Hasil Kerja

Sibuknya hari ini kerana semua murid belajar untuk menyusun hasil kerja ke dalam fail sendiri.  Macam-macam ragam.  Bila diminta menyusun sendiri barulah murid tahu bagaimana hasil kerja mereka.  Ada murid yang mendapati hasil kerja mereka sedikit sahaja dan bertanya kenapa ada kawan yang lain mendapat lebih. Apabila telah dijelaskan barulah mereka faham mengapa cikgu selalu menyuruh mereka menyiapkan kerja dan menghantarnya dalam waktu yang ditetapkan... Lepas ni rajin-rajinlah siapkan kerja sekolah ya murid-murid...




Belajar membuat kuih 24.4.2016

Semua orang menunjukkan kemahiran dan kepakaran membuat kuih tradisional menggunakan tanah liat (tepung yang telah diuli sendiri oleh Cikgu Nik). Seronoknya sebab ada bermacam-macam warna kuih iaitu hijau, kuning, biru dan merah.  Semua murid berebut-rebut untuk mencuba...






Sunday 17 April 2016

Projek Noliteng membantu murid menguasai operasi tolak

Hari ini Cikgu Firdaus mengajar murid yang lemah matematik iaitu Amzar dan Rahwani Kaedah Noliteng.  Kaedah ini menggunakan guli, nombor dan teng-teng. Murid nampaknya berminat dan cepat menguasai nombor dan operasi tolak.







Friday 15 April 2016

Hari Ini Murid Belajar Kemahiran Membaca Sukukata Tertutup 13.4.2016

Murid belajar membaca sukukata tertutup hari ini. Susah juga tetapi Ammar dan Humairah dapat membaca dengan mahir dan lancar.. Syabas buat mereka berdua kerana peningkatan yang memberangsangkan. Ini merupakan cabaran untuk anak-anak yang lain kerana Ammar masuk dahulu tidak mengenal ABC pun..

Hari ini murid yang respon aktif ialah Humaira, Asyraf, Aimen Rafiq, Azim, Rayyan, Haikal, Sofea, Amir, Aqil dan Ammar. Auni pula asyik beri jawapan yang salah.. Tak apa Auni boleh tingkatkan usaha untuk lebih bagus..

















Belajar Membuat Salad Buah-Buahan 13.4.2016

Seronoknya murid semua sebab hari ini kami akan membuat salad buah-buahan iaitu satu makanan yang berkhasiat. Sebelum memulakan aktiviti semua murid telah dipakaikan apron untuk memastikan pakaian tidak kotor.. kemudian murid telah diberikan penerangan oleh guru mengenai pemakanan berkhasiat serta kepentingan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada diri dan kehidupan.. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu..nyam-nyam-nyam... masa makanlah..
Jemput makan cikgu, jemput makan kawan-kawan..kami makan dulu...Bismillah







Hari Ini Kami Belajar Sains 25.3.2016

Hari ini cikgu mengajar kami sains bertajuk "Tenggelam dan Timbul". Tentu seronok. Sebelum itu cikgu menunjukkan tayangan LCD "Kapal Titanic Tenggelam" di mana murid melihat bagaimana keadaan sebuah kapal daripada awal sehinggalah ia tenggelam ke dasar laut. 

Selepas itu cikgu menjadi saintis dan menerangkan bagaimana sesuatu benda itu boleh tenggelam. Cikgu menggunakan akuarium yang comel sebagai tempat eksperimen sains kami. Bahan-bahan seperti pensel, sudu, paku, polisterin, kertas dan botol plastik cikgu masukkan ke dalamnya.  Akhirnya kapal dari botol plastik telah berjaya dalam eksperimen ini belayar dengan aman..