Thursday 26 June 2014

Aktiviti Luar Darjah 22.4.2014


 Hari ini kami bersama melakukan aktiviti luar darjah... cikgu membawa kami bermain di padang.  Murid-murid belajar untuk bermain bersama, bertolak ansur, menghormati antara satu sama lain dan sayang sesama rakan.  Ada juga terjadi gaduh-gaduh manja tapi lepas tu mereka bersalaman dan memohon maaf.  Bagus lah begitu... Hebatkan anak-anak ni... Lihatlah keseronokan mereka bermain bersama...
 
 
 
 
 
 
 

Monday 2 June 2014

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PRASEKOLAH 2014

 Pemilihan pemain-pemain untuk Karnival Prasekolah telah diadakan pada 7.5.2014, hari Rabu. Hari ini ketiga-ketiga kelas iaitu Pra Mutiara, Pra Delima dan Pra Zamrud bersama-sama menjalani latihan.  Fazureen, Ameerah, Delisha dan Syamimi telah terpilih mewakili Pra Zamrud dalam permainan bola jaring.  Sementara itu futsal pula diwakili oleh Syafiq, Nazrul, Aiman dan Yusuff
  
 
 
 
 
Jurulatih bola jaring memberikan tunjuk ajar dalam permainan bola jaring kepada murid

Murid menunggu giliran untuk bermain
Apasal lambat sangat ni, aku pun nak main