Thursday 28 January 2016

Selamat Datang Guru Praktikum Ke Kelas Kami!

Hari ini 26.1.2016 (Selasa), kelas kami menerima kehadiran dua orang guru baru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.  Tak sangka pula kali ini dua orang guru lelaki!

Selamat Datang Cikgu! Nama cikgu kami ini ialah En. Mohamad Firdaus bin Jusof dan En. Nik Muhammad Ambare bin Nik Abdullah. Orangnya manis dan suka tersenyum..tapi mereka akan berada di sekolah kami sehingga April sahaja.  Tapi cikgu ni best suka tersenyum dan baik.
Cikgu hensem kami..yang berkaca mata tu Cikgu Nik  dan disebelahnya Cikgu Firdaus 








Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SK Taman Seri Pagi 2016

Seronoknya kami semua datang ke sekolah hari ini dengan berbaju kurung serta bertudung dan berbaju melayu siap dengan songkok juga.  Hari ini adalah Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sekolah kami.  Tak sabar rasanya nak menyertai perarakan nanti.

Lihatlah gambar kami semasa majlis ini..seronok kan.. cuma kali ini pra sekolah berarak dalam kawasan sekolah je..

Pertandingan mewarna turut diadakan dimana untuk kelas kami Pra Zamrud, pemenang tempat pertama ialah Nur Iman Amani Bt Shahasnur, tempat kedua Muhammad Sayyid Asyraf Bin Sarhan Ali dan tempat ketiga pula Muhammad Aqil Zayyad Bin Zaidi. Tahniah kepada semua pemenang !!  Yang lain kena usaha untuk buat yang terbaik lain kali..

Murid bergambar bersama guru dan pembantu





Memulakan langkah perarakan Sambutan Maulidur Rasul



Bergambar selepas perarakan

Kami bergambar bersama banner yang tercantik dari aliran perdana.
Cikgu praktikum yang datang ke kelas kami : Cikgu Firdaus dan Cikgu Nik