Wednesday 8 October 2014

KAMI BELAJAR MENARI!


Hari ini kami belajar menari untuk persembahan Karnival Bijak Prasekolah 2014. Penat mengajar mereka menari.  Alhamdulillah ada guru yang sudi memberi tunjuk ajar pada kami iaitu Cikgu Aizah dan Cikgu Ainuddin.  Terima kasih pada semua yang turut berusaha membantu kami.....Lihat sajalah pada murid-murid ini... semuanya sedang tunjukkan bakat...









Wednesday 9 July 2014

PROGRAM 3 PENJURU PRASEKOLAH 2014


 
 Program 3 Penjuru Prasekolah SKTSP telah diadakan pada 3.7.2014, Hari Khamis.  Sambutan daripada ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan dimana semua ibubapa murid Pra Zamrud telah sudi hadir.  Kehadiran ibubapa 100%!!! Syabas!! Ibubapa  telah melihat sendiri prestasi anak-anak mereka dan mengenali guru dengan lebih dekat.  

Terkejut kami hari ini dengan kehadiran YDP PIBG Kapt. (B) Othmarani bin Mohd Shah dan Guru Besar SKTSP En. Ahmad bin Harun. Terima kasih kerana telah sudi hadir dan melihat sendiri perjalanan program ini. Banyak persoalan telah diajukan dan setelah perbincangan antara guru dan ibubapa hari ini banyak penambahbaikan telah dizahirkan. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi kebaikan kepada murid-murid khasnya dan kelas kami amnya.
Perbincangan antara penjaga dan guru mengenai prestasi murid


Sebahagian ibubapa yang hadir
Terima kasih YDP PIBG dan Guru Besar kerana sudi hadir!
YDP PIBG beramah mesra dengan ibubapa yang hadir
 
 
Berbaju batik hijau Guru Besar dan disebelahnya YDP PIBG
 
 
 
 
 


Tuesday 8 July 2014

Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah


Pada 26.6.2014 Karnival Sukan Peringkat Daerah Seremban telah di adakan di Centre Court, Paroi. Acara yang dipertandingkan ialah futsal dan bola jaring. Terima kasih kepada semua guru dari Unit USUKO yang telah sanggup memberi tunjuk ajar kepada murid-murid prasekolah. Tahun ini prasekolah SKTSP kurang bernasib baik kerana tidak memenangi sebarang acara. Insyallah kami akan mencuba tahun hadapan pula... doakan kami ya!!
  
  
Pemain futsal prasekolah SKTSP bergambar bersama guru dan jurulatih
 
 
Referee menerangkan sesuatu kepada pemain futsal prasekolah
Permainan dimulakan!
 
Barisan pemain cilik prasekolah
Tu dia! Ustaz Wan beri semangat pada pemain..
Menjamu selera selepas penat bermain...
 





Hari Sukan Sekolah SKTSP 2014 pada 25.6.2014

Sukan tahun ini tidak semeriah tahun lepas, mungkin sebab ramai sibuk nak balik kampung sebab esok nak sambut Ramadhan.. Pada anak-anak yang datang terima kasih pada semua ibubapa sebab sanggup tunda nak balik kampung.....

Khemah rumah-rumah sukan

Perarakan rumah sukan


Duduk menunggu acara sukaneka
Lama menunggu sampai Yussuf nyaris tertidur....
 

Acara sukaneka yang ditukar pada saat akhir




Pra Zamrud is still the best!!


Sebahagian guru-guru comel yang hadir semasa Hari Sukan SKTSP 2014