Wednesday 22 February 2017

Bermain sambil belajar menyusun huruf vokal dan konsonan

Hari ini murid di beri tugasan iaitu menyusun huruf vokal dan huruf konsonan.
Hanya beberapa orang murid yang berminat untuk bersama... yang lain masih lain mahu bermain... Lihatlah kesungguhan anak-anak ini untuk mengasah kemahiran masing-masing.. Disini juga cikgu dapat melihat murid yang menguasai abc atau tidak...










Selamat datang pelajar baru Pra Zamrud SKTSP 2017

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA ANAK-ANAK COMEL PRA ZAMRUD!!!
Tahniah kerana hadir hari ini!... Anda semua anak-anak yang hebat!

Hari ini hari pertama murid baru Pra Zamrud hadir kesekolah. Macam-macam ragam mereka... menangis, takut, gembira dan macam-macam karenah lagi... 
Hari pertama kan... minggu ini adalah minggu suaikenal antara murid, guru dan pembantu.

Walaubagaimapun anda semua adalah orang yang hebat... guru, murid dan ibubapa..





Lawatan Pergigian dari Klinik Kesihatan pada 17.1.2017

 Hari ni ada Lawatan Pergigian dari Klinik Kesihatan Senawang dan yang hadir ialah SN Pn. Noorul Izza Ismail, PPK Pn. Hamidah Abd. Hamid dan PPK Prelina. Lawatan pertama ini ke prasekolah ialah untuk memberi ceramah pergigian serta memberi latihan kepada murid cara memberus gigi yang betul..