Saturday 8 August 2015

Latihan Bola Jaring dan Futsal

Bulan Ogos ini bermulalah latihan bola jaring dan futsal untuk sekolah kami.. masih dalam proses pemilihan pemain.. Kami berterima kasih pada Cikgu Linda GPK Koko dan Cikgu Zafran yang ada kepakaran sudi meluangkan masa untuk melatih kami.  Setiap pagi murid akan menjalani latihan bola jaring dan futsal.. saya turut membantu Cikgu Linda melatih murid bola jaring. Guru-guru pra bergilir-gilir turun ke padang.  Lihatlah kegigihan murid berlatih dan kesungguhan mereka mendengar arahan.

Bengkokkan lutut kamu seperti ini.. kata Cikgu Linda


Cikgu Linda mengajar murid membuat senaman ringan sebelum latihan bermula


Bersama murid bersenam sebelum mula bermain...

Murid belajar menyambut dan membaling bola bersama Cikgu Saaudah

Serius je Cikgu Zafran melatih murid lelaki futsal...
Kejar bola.. awat tengok je.. jerit Cikgu Zafran


No comments:

Post a Comment