Monday 4 November 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2013

Hari ni sibuk melayan anak-anak yang tak sabar nak buat persembahan untuk Hari Kanak-kanak. Tapi hari ni tak ramai yang datang sekolah, cuma 16 orang sahaja.

Walaupun tak ramai tapi melayan mereka tu sama je macam 25 orang... tak reti duduk diam..  Tak percaya tengok lah gambar-gambar ni...


Hari ni dapat lah mereka ais krim free ... bukan main happy lagi budak-budak ni..



Tak berani dia orang nak buat perangai sebab cikgu  Noraihan, cikgu Pra 3 (tudung purple) duduk kat depan tu!  Seriusnya muka cikgu ....takut.....


Sebahagian dari guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir

Hadiah yang disediakan kepada pemenang

Duduk dari kanan : Kak Dila (GPK HEM), sebelahnya tudung purple tu Kak Raili (GPK 1), yang kontrol hensem tu En Husainizam (GPK Ko-ko) dan yang berbaju kot tu GB kami En. Ahmad

Persembahan dari Pra 2

Persembahan Pra 1

ini  lah anak-anak pra 3 yang buat persembahan berpakaian etnik di Malaysia
bersemangat betul mereka...seronok buat persembahan!
persembahan dari pengawas tahun 6 2013
Berbaloi juga persembahan mereka ni.. dapat lah tempat pertama.  Tapi hadiahnya sebenarnya sama jer..adil la tu semua dapat hadiah.  Lepas ni anak-anak ni sibuk pulak nak prepare persembahan untuk hari konvokesyen Prasekolah pada 8 November 2013, Hari Jumaat ni.  Insyallah..... Lepas ni rindulah kami dengan anak-anak ni semua...

No comments:

Post a Comment