Wednesday 9 July 2014

PROGRAM 3 PENJURU PRASEKOLAH 2014


 
 Program 3 Penjuru Prasekolah SKTSP telah diadakan pada 3.7.2014, Hari Khamis.  Sambutan daripada ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan dimana semua ibubapa murid Pra Zamrud telah sudi hadir.  Kehadiran ibubapa 100%!!! Syabas!! Ibubapa  telah melihat sendiri prestasi anak-anak mereka dan mengenali guru dengan lebih dekat.  

Terkejut kami hari ini dengan kehadiran YDP PIBG Kapt. (B) Othmarani bin Mohd Shah dan Guru Besar SKTSP En. Ahmad bin Harun. Terima kasih kerana telah sudi hadir dan melihat sendiri perjalanan program ini. Banyak persoalan telah diajukan dan setelah perbincangan antara guru dan ibubapa hari ini banyak penambahbaikan telah dizahirkan. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi kebaikan kepada murid-murid khasnya dan kelas kami amnya.
Perbincangan antara penjaga dan guru mengenai prestasi murid


Sebahagian ibubapa yang hadir
Terima kasih YDP PIBG dan Guru Besar kerana sudi hadir!
YDP PIBG beramah mesra dengan ibubapa yang hadir
 
 
Berbaju batik hijau Guru Besar dan disebelahnya YDP PIBG
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment