Sunday 9 February 2014

Hari Pendaftaran Prasekolah pada 30.12.2013 dan Mesyuarat Pemuafakatan Waris Kali Pertama 2014

Hari persekolahan bermula lagi! Pendaftaran Prasekolah SK Taman Seri Pagi telah diadakan pada 30.12.2014.  Hari ini pun murid tahun satu turut sama membuat pendaftaran.Selepas pendaftaran, satu mesyuarat pemuafakatan waris pula dibuat. Tahun 2014, Ketua Waris yang dilantik ialah En. Mohd Hafiz bin Muhammad Nor (Pra Delima), Timbalannya ialah En. Mohd Noor bin Mohd Basheer (Pra Mutiara) dan 6 AJK yang dilantik pula adalah Pn. Rozita binti Yusof (Pra Delima), Pn. Wan Tizanita binti Muhamad Rusli (Pra Mutiara), Pn. Norzawizam binti Mustafa (Pra Zamrud), Pn. Zainal Abidin bin Abd Talib (Pra Mutiara), En. Shahrul Azhar bin Abdul Razali (Pra Zamrud dan En. Ahmadullaspar bin Abdul Halim (Pra Delima). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu sepanjang hari ini.
.
Bersemangat mendengar ucapan dari Guru Besar SKTSP
Sebahagian daripada ibubapa prasekolah dan Tahun Satu yang hadir
Turut hadir Puan Fadzillah binti Mansor (GPK 1) dan Puan Saripah binti Abd. Aziz (GPK HEM)
Penyelaras Prasekolah Pn. Saaudah binti Yahya dan GPK 1 SKTSP, Pn. Fadzillah binti Mansor

Ketua Waris, Timbalan Ketua Waris dan AJK yang dilantik
,


Penyelaras Prasekolah SKTSP sedang sedang memberikan ucapan



No comments:

Post a Comment