Sunday 27 December 2015

Karnival Sukan Peringkat Daerah 2015

Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Seremban telah bermula pada 29.8.2015. Murid-murid terlibat dalam acara futsal dan bola jaring.. Apa yang boleh di kata ialah kelincahan anak-anak ini bermain.. Seorang murid kami terpilih mewakili Daerah Seremban ke peringkat negeri iaitu Syazmiezal Danish bin Izham Hafez dari Pra Zamrud. Syabas Syazmiezal!!










Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula


Disini juga kami paparkan gambar murid semasa pertandingan bola jaring.. walaupun tak menang tetapi tahniah kerana telah berusaha keras. Tahun depan kita usaha lagi.




Prasekolah juga terlibat dalam acara balapan dan sukaneka. Disini dipaparkan gambar murid yang terlibat dalam acara balapan.








Pengadil sedang berkata sesuatu kepada Qistina




Terima kasih Kak Ko kerana sanggup datang untuk memeriahkan lagi karnival hari ini. Bersama Cikgu Noraihan dan Penyelaras Prasekolah SKTSP Cikgu Saaudah.






dan akhir sekali gambar murid yang terlibat acara sukaneka..












No comments:

Post a Comment