Tuesday 29 December 2015

Pertandingan Mewarna di HTJS

Hari ini Cikgu Noraihan dan PPM bersama ibubapa telah pergi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Apresiasi Pelajar Sekolah Dalam Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Lima orang murid prasekolah SKTSP terlibat iaitu 3 orang dari Pra Zamrud, seorang dari Pra Delima dan seorang dari Pra Mutiara.
Seramai 75 orang murid prasekolah daerah Seremban telah turut serta.

Juga ada pameran kesihatan serta booth dari  Jabatan Pergigian, Unit Kecemasan, Unit Nutrisi dan banyak lagi.  Kami seronok dapat belajar melakukan CPR..Terbaik!! Apa pun yang pasti hari ini kami enjoy. Best!







Murid dari Pra Zamrud telah memenangi tempat 20 terbaik pertandingan mewarna iaitu Tempat ke 9 - Nur Syaza binti Dzor, Tempat ke 11 - Nur Umayra binti Zulfikri dan Muhammad Denial Haqem bin Mohd Afendi pula di Tempat ke 19.  Tahniah adik-adik!!!

Pemenang tempat ke 9 - Nur Syaza

Pemenang tempat ke 11 - Nur Umayra
Pemenang tempat ke19 - Muhammad Denial Haqem

Bergambar bersama ibu dan keluarga yang hadir


No comments:

Post a Comment