Tuesday 5 May 2015

Latihan Kebakaran Sekolah 2015

Hari ini sekolah kami SK Taman Seri Pagi mengadakan Latihan Kebakaran. Masa loceng berbunyi kami semua sedang leka membuat kerja sekolah.  Cikgu Noraihan menjerit Cepat!Cepat!. Semua orang terpingga-pinga kenapa. Lepas itu ibu suruh semua murid beratur dan memakai kasut. Kami diminta berjalan cepat-cepat. Kami beratur di padang sekolah tapi cuaca agak panas hari ini dan keadaan padang pula berlecak teruk.  Kemudiannya kami diarahkan berhimpun pula di dewan terbuka SKTSP.  Kat sini best, tak panas dan dapat duduk. Lihatlah gambar kami dibawah ini.
Murid masih terpinga-pinga semasa sampai di padang..
Hei! Kat mana kebakaran? Tak nampak pun....
 

Ibu! Mana api? Semua murid bertanya dengan muka yang serius.
 
 
 
 
Garangnya muka!  Semua kepanasan sebenarnya..
 
Kami dah berpeluh! Tengok lah baju kami dah basah ni.. kata Umayra

Syazmiezal masih tersenyum walaupun yang lain dah gelisah

 
 
 
Cikgu Mohd Faizal bin Zainal GPK HEM memberikan taklimat kebakaran kepada warga SKTSP

 
 
 
 
Lega.... dah abis pun! Boleh masuk kelas.


No comments:

Post a Comment