Thursday 7 May 2015

Cikgu Bercerita, Kami Membina Ayat dan Menari

Cikgu Noraihan mengeluarkan buku besar dan bercerita kepada kami dengan tajuknya "The Thirsty Crow". Cerita ini mengisahkan seekor gagak yang kehausan hendak meminum air. Akhirnya dia menemui air tetapi air itu sedikit dan berada didalam balang yang kecil. Kesian gagak itu tidak dapat meminum air tersebut. Tetapi dengan kebijaksanaan gagak dengan memasukkan batu-batu kecil, kedalam balang itu akhirnya dia dapat dapat minum air dengan puasnya.

Selepas bercerita, murid diminta menyusun huruf-huruf untuk membina perkataan dalam Bahasa Malaysia.  Murid diletakkan di dalam beberapa kumpulan dan kumpulan  yang membina perkataan paling banyak akan menang. Kumpulan yang menang terdiri daripada Adlina, Fatin, Umayra, Anisa dan Qaseh. Mereka telah membina sebanyak 28 huruf. Syabas adik! Yang lain kena cuba lagi.

Lepas penat membina ayat, kami berlatih tarian pula... ibu membuka CD muzik dan kami menari bersama. Seronoknya!

Murid seronok mendengar Cikgu Noraihan bercerita

Cikgu kenapa warna burung tu hitam? Tak cantiklah


Daniel bersemangat menyusun ayat.

Kita nak buat ayat apa ni? Kata Daniel kepada Haziq. Adam pula sibuk memilih huruf





 

 

No comments:

Post a Comment