Wednesday 6 May 2015

Kami belajar sains - Mengenal bentuk, warna dan saiz

Hari ini paling seronok belajar sebab hari ini kami belajar pelajaran sains.  Cikgu Noraihan hendak mengajar kami mengenal bentuk, warna dan saiz. Semua murid perlu mengambil pelbagai bentuk bulat, segi empat sama, segi empat tepat, bujur dan tiga segi , juga warna  seperti warna merah, biru, kuning dan hijau serta saiz besar, sederhana dan kecil. Kami juga belajar mengenal bentuk dinosaur yang terbang, berduri dan ada sumbu dan  turut mempunyai  pelbagai warna.  Hai! Susahnya! Ada banyak warna, banyak bentuk dan banyak saiz.   Pening! Semua murid telah diberi 12 jenis objek berbagai bentuk, warna dan saiz.

Cikgu akan memberi arahan bentuk, warna dan saiz yang dikehendaki dan murid perlu masukkan ke dalam bekas yang di letak kertas berwarna yang berada dihadapan cikgu.  Murid yang telah menghabiskan semua objek yang mereka pegang adalah pemenang dan yang murid yang masih ada baki objek ditangan dikira kalah. Walaupun target berjaya tetapi ada tiga murid yang masih belum menguasainya iaitu Mikhail, Anisa dan Aqif. Mereka masih lemah dalam mengenal bentuk.
 



 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment